BREAKING NEWS

Popular Content

Saturday, 10 May 2014

SULTAN BRUNAI VS PENGUSAHA BARAT

JAWABAN SULTAN BRUNEI TERHADAP KRITIKAN DARI BARAT.



lsmku.blogspot.com

Sungguh luar biasanya Sultan Brunai beliau tegas akan keputusanya untuk membangun brunai dengan sistem undang-undang islam walaupun pengusaha barat sangat banyak mengkritik beliau.
Akan tetapi itu semua tidak membuat semangat beliau pudar.

Beberapa selebriti Barat termasuk pengusaha Virgin Group, Richard Branson bersumpah akan memboikot sebuah hotel mewah jaringan perniagaan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah kerana telah menerapkan Hukum Syariah Islam di Brunei.

Richard Branson telah mengarahkan semua pekerja Virgin Group supaya tidak menginap di hotel mewah Dorchester Collection, termasuklah The Dorchester di London dan Hotel Beverly Hills di Los Angeles.
Selebriti lain yg turut menyerukan boikot ini termasuklah komedian Stephen Fry, pengacara TV Sharon Osbourne dan komedian Ellen DeGeneres serta beberapa selebriti lain lagi.
Mereka turut mengatakan bahawa undang-undang yg dilakukan oleh Brunei ini adalah tidak manusiawi dan disamping menuntut supaya hotel-hotel milik Brunei ditutup di negara mereka.
Namun Sultan Brunei telah membalas tindakan mereka ini dgn mengatakan beberapa perkara seperti berikut:-

"Kami tidak pernah berpikiran buruk tentang orang lain. Kami tidak pernah memaksa mereka untuk menerima kami atau setuju dengan keputusan kami ini, tetapi sudah cukup jika mereka menghormati kami, sebagaimana kami menghormati mereka"
"Dalam negara kamu, kamu praktikkan kebebasan bersuara, kebebasan media dan kebebasan agama. Itu adalah undang-undang perlembagaan kamu, sistem politik kamu, pengenalan identiti kamu dan kehidupan gaya hidup kamu.

Dalam negara kami, kami praktikkan agama Islam dan budaya kami dan kami akan memulakan undang-undang agama kami, Syariah Islam. Islam adalah perlembagaan kami, pengenalan identiti kami dan gaya hidup kami.

"Kami mungkin akan dapati kelemahan-kelemahan dalam sistem undang-undang kamu dan kamu mungkin akan dapati kelemahan-kelemahan dalam sistem undang-undang kami, tetapi ini adalah negara kami. Seperti kamu membenarkan budaya gay di dalam kehidupan masyarakat kamu, dan kami akan mempraktikkan kehidupan sebagai seorang Muslim di dunia ini dan dunia selepas kematian. Kami adalah sebuah negara Islam yang mempraktikkan undang-undang Islam.

"Kenapa kamu tidak bimbang mengenai anak-anak kamu yang ditembak mati di sekolah mereka, bimbang mengenai penjenayah-penjenayah yang tidak dapat lagi ditampung oleh penjara-penjara kamu, bimbang mengenai kadar jenayah yang tinggi di negara kamu, bimbang mengenai kadar bunuh diri dan pengguguran anak yang tinggi di negara kamu dan bimbang mengenai apa sahaja yang sepatutnya negara kamu merasa bimbang".

"Kenapa kamu terlampau prihatin terhadap apa yang berlaku dalam negara Islam sedangkan kamu tidak pula menjeling mata kamu pada keadaan di Syria, Bosnia, Rohingya, Palestin dan lain-lain negara Islam lagi. Ribuan manusia telah dibunuh di sana dan kamu tidak peduli... Tidak ada seorang pun lagi yang dibunuh di negara kami di bawah Hukum Syariah Islam ini dan kamu membuatnya seperti sesuatu perkara yang besar, sedangkan rakyat kami di sini yang mendapat kesan secara langsung, telah dapat menerima Hukum Syariah ini dengan tenang"

"Hukuman mungkin berat dan keras tapi itu tidak bermakna ianya dapat dilakukan dengan mudah. Beberapa proses perlu dilakukan sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan. Kami boleh menerima Hukum Syariah ini dan kami amat gembira"....
Pada peringkat awal, hukum syariah ini menerapkan denda atau hukuman penjara bagi pelanggaran, termasuk kelakuan yang tidak senonoh, sengaja untuk tidak menghadiri solat Jumaat dan hamil di luar nikah.
Peringkat kedua, insyaAllah akan mencakupi hukuman untuk pencurian dan perompakan, akan mulai diterapkan pada akhir tahun ini.

Peringkat ketiga, hukumannya akan lebih berat, seperti memotong anggota badan dan rotan. Pada akhir tahun depan, insyaAllah hukuman seperti rejam akan diterapkan untuk kes sodomi dan perzinaan.
ALLAHUAKBAR!!!

1 comment :

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2014 Lhokseumaweku Powered By Blogger.